akademik

 
 hari ini hari perbincangan akademik di sekolah . awal awal pagi ibu sudah mengejutkan aku untuk pergi ke sekolah untuk mengambil penyata . sampai di sekolah , aku dan ibu terus menuju ke kaunter kelas 5 dahlia .sementara menunggu giliran , aku melihat sekeliling , bermacam macam reaksi muka ibubapa setelah melihat keputusan anak anak mereka . setiap kali hari perbincangan akademik rakan rakan ku semua risau akan reaksi ibubapa mereka apabila mengetahui keputusan mereka kelak . tetapi aku ? sedikit pun tidak merasa takut mahupun gentar . tiba giliran aku , guru tingkatan ku membuka lembaran untuk ditunjukkan kepada ibuku . wajah ibuku tenang saat menatap keputusan peperiksaan pertengahan tahun . pelbagai soalan yang dilontarkan oleh ibu  kepada cikgu  untuk mengetahui keadaan aku ketika sesi pembelajaran . aku diberi semangat untuk bangkit . aku hanya ketawa saat mereka merenung ke wajahku . setelah selesai , kami berjumpa dengan guru matapelajaran sains , semua berjalan lancar . soalan yang sama jugak ditanyakan . tiba di bahagian matematik tambahan , aku terasa untuk mengalirkan air mata ketika mendengar katakata semangat yang diberikan oleh cikgu . tambahan , belakang badan ku di usap lembut oleh ibu .sambil ibu berkata , AKU HARAPAN . hati ku tersentuh . saat melangkah keluar dari dewan , fikiran ku tak keruan . katakata ibu bermain kuat di ingatan ku . ya allah . betapa besarnya harapan ibu dan ayah ku . sebelum ini , sedikit pun aku tidak pernah hiraukan .aku tahu keputusan ku kali ini amat mengecewakan mereka . lagi sebulan aku akan menghadapi percubaan spm , seterusnya spm yang sebenar . harapan yang menjulang tinggi ibu dan ayah ku harapkan . ya aallah ya tuhan ku . kau berikanla aku petunjuk ya allah . bukakanlah hati ku ini . permudahkan la urusan aku untuk menimba ilmu . ku mohon padamu ya allah .

THANKS FOR READING MY DEAR

maafkan aku sayang

 
jumaat lepas family kau digemparkan dengan berita yang sangat menyedihkan . adik kau faris alif accident . keadaan dia kritikal . aku dapat tau lepas jengah facebook petang tu. kalau tak mungkin aku tak tahu apa yang berlaku dekat family kau . aku sikit tak salahkan kau tak bagitau aku . sebab mungkin waktu tuh , diri kau sendiri kusut sedang memikirkan keadaan adik kau yang kurang stabil dan sedang bertarung nyawa . aku faham sayang .tapi aku rasa diri ku saat ini tidak ada guna langsung terhadap diri kau . aku tidak mampu untuk membuat apa apa / bahkan nak memberi kata kata semangat dekat kau pun tidak boleh sayang . sedang hati ku berkocak risaukan keadaan adik kau ,diri niy sentiase nak tahu perkembangan adek kau . tapi apa kan daya . aku tak mampu nak berbuat apa . aku sangat mengharapkan aku ada disisi kau pada waktu begini . tapi  langkah ku semua seolaholah terkunci seketika . setiap hari aku telefon bimbit ku genggam erat . menunggu panggilan dari kau . ada kala setiap sebelum tidur , jari jemari ku sudah siap sedia mendail nombor kau tapi aku takud waktu ku tak sesuai . diriku bagaikan patung . senyap , tidak mampu untuk berkata dan berbuat sesuatu . dalam aku tidak mampu untuk berbuat apa , aku sentiasa mendoakan keselamatan faris dan kau sekeluarga sayang . setiap hari aku melihat profile ibu kau untuk mengetahui keadaan faris . sayang . aku nak kau tahu , walaupun aku senyap tidak bermakna aku tidak ambil kisah . mungkin diriku belum cukup matang untuk menghadapi situasi begini . maaf sekali lagi ku pohonkan . aku harap kau dan sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan . in sya allah doa kan ku kirimkan kepada faris setiap hari . 

THANKS FOR READING MY DEAR

BANGKIT .!


 
2013 ? wawww . pantas sangat masa berlalu . SITI SYAHIRAH BINTI MOHD SETRIA akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini . perghh  ! dahh bersedia kea aku ? ouhhmaii . sekarang da bulan MAC , tak lama lagi dah APRIL . tak kurang 7 bulan jea nak amik exam yang sangat2 penting . okay , baru baru niy aku baru lepas exam sumatif . guess what happen to my result ? penuh dengan D,E dan GAGAL ! macam ni kea result orang yang nak berjaya dalam hidup ? macam mana nak jawab SPM kalau soalan yang sangat senang pun tak boleh jawab dengan cemerlang ? BANGKIT  siti syahirah , bangun ! kau dah takde masa untuk bermain . kau dah takboleh leka ! kalau kau tak sedar dari sekarang siapa yang nak sedarkan kau ? takde sape boleh bantu kau dalam periksa SPM nanti .  kau satu satunya harapan keluarga . kau perlu buktikan kat semua orang  yang diri kau pun boleh berjaya ! boleh ubah nasib keluarga kau . kau nak hidup senang , tapi kau takde usaha pun ke arah tuu . macam mana ?! yaa . aku sedar sekarang . kawankawan aku bila periksa masing masing stay up , struggle study . tapi aku ? boleh merayap tanpa sentuh sikit pun buku buku yang melambak atas meja belajar tu . mulai dari sekarang , aku perlu kurang kan facebook , oncall , mesej , merayap . aku takboleh nak rilexrilex lagi . makin hancur keputusan aku lau macam tuhh .  yeahh !aku boleh !boleh  ! boleh ! :)

THANKS FOR READING MY DEAR